Aksi propaganda dan buat iran kelihatan bodoh - Brian Hook

2022-03-19 0

Wakil Khas Amerika Syarikat ke Iran menepis dakwaan mengenai waran tangkap terhadap Presiden Amerika Donald Trump dan 36 individu lain atas tuduhan melakukan serangan dron yang membunuh seorang Jeneral Tinggi Iran.

Pada satu sidang media di Riyadh, Arab Saudi, Brian Hook berkata, ia disifatkan satu aksi propaganda yang tidak serius sebaliknya hanya mencerminkan tindakan kurang matang Iran.