Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sebanyak 54 taman tema dibenarkan beroperasi mulai Rabu, 1 Julai melibatkan 10,000 tenaga kerja. Mereka perlu mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial setiap masa yang boleh diperolehi daripada laman web MKN.