Kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan untuk kru atau kelasi kapal dari luar negara kembali berkhidmat, namun syarikat perkapalan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka tidak dibenarkan merayau-raya dalam negara, sebaliknya kru atau kelasi kapal yang tiba perlu terus dibawa ke kapal.
Katanya, kerajaan turut memberi kebenaran untuk pekerja warga asing itu pulang ke negara masing-masing melalui negara ini.