Bapa berperanan sebagai ketua keluarga dan hero dalam melindungi keluarga daripada bahaya ancaman musuh yang tidak kelihatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Bapa berkata bapa mempunyai peranan yang besar dalam memastikan ahli keluarga selamat daripada virus maut itu.