Usaha pegawai khidmat pelanggan TNB di talian TNB CareLine dan Kedai Tenaga dalam menjelaskan cara pengiraan bil elektrik ketika PKP nyata membuahkan hasil. Rata-rata pengguna yang ditemui Astro AWANI di Kedai Tenaga Bandar Tun Hussein Onn menyuarakan rasa puas hati dengan penerangan yang diberikan pihak TNB.