Menteri Pendidikan akan bentang SOP & pembukaan pra sekolah

2022-03-19 0

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju dengan SOP terhadap 6,216 pra sekolah awam serta 7,887 swasta 8,530 Kemas dan 1,781 Tabika Perpaduan dan pembukaannya pada 1 Julai ini.

Bagaimanapun, perincian mengenai SOP itu akan dibentangkan oleh Menteri Pendidikan dalam tempoh terdekat manakala MKN akan meneliti SOP berkaitan aktiviti sub sektor pelancongan seperti refleksologi.