Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak lagi perlu memohon kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Mereka juga tidak perlu ambil sampel PCR sebelum berlepas ke negeri itu bagaimanapun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk muat naik aplikasi MySejahtera dan deklarasi kesihatan.