Bas kilang, pelancong dibenarkan beroperasi penuh

2022-03-19 0

Perkhidmatan bas pekerja dan pelancong dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh berkuat-kuasa semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun perkara itu tidak diumumkan sebelum ini, namun pengendali perkhidmatan tersebut boleh meneruskan operasi dengan kapasiti penuh.
Jelas beliau, maklumat individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut lebih mudah dikenalpasti kerana ia direkod.