Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pejabat Kesihatan Titiwangsa menerima satu notifikasi COVID-19 daripada hospital swasta pada Khamis melibatkan seorang lelaki warganegara Pakistan di sebuah kedai gunting rambut di KL.
Warga Pakistan itu telah dihantar ke hospital Sungai Buloh pada Khamis dan punca jangkitan masih dikenal pasti manakala 40 kontak rapat dikenal pasti termasuk klien dan rakan serumah diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.