Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit di hospital swasta dapat menjimat kos peralatan perlindungan diri (PPE) jika menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum pembedahan.
Beliau turut berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi pelajar tingkatan lima dan enam bermula 24 Jun akan dipatuhi dan dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki SOP bagi pelajar-pelajar lain kelak.