Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan penyusutan keuntungan selepas cukai pada suku pertama tahun ini kepada RM736.7 juta berbanding RM1.52 bilion tempoh sama tahun lalu. Penyusutan ini turut disumbangkan kesan luar jangka akibat Covid-19 yang menyebabkan penggunaan elektrik menyusut berikutan penutupan sementara perniagaan bagi mengekang penularan virus tersebut.