Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sebarang aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, satu tarikh tertentu akan diumumkan dari masa ke semasa. Manakala bagi pelajar yang belum dibenarkan ke sekolah, KPM jelasnya menyarankan agar pendidikan di rumah diteruskan.