Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan semula sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam. Ia melibatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, ia melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah seluruh negara.