Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pda dasarnya mesyuarat khas menteri-menteri bersetuju memberi kelonggaran untuk solat jemaah dan solat Jumaat mengikut saiz keluasan masjid, asalkan ada penjarakan sosial dalam kalangan jemaah.
Bagaimanapun, hal-hal berkaitan agama Islam mesti mendapat kelulusan daripada Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.