Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak.
Beliau dalam satu kenyataan turut menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.