Terdapat sebanyak 653 individu di depoh tahanan imigresen (DTI) Bukit Jalil yang masih menunggu keputusan saringan kali kedua, manakala tiada kes menunggu keputusan di DTI lain-lain, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, terdapat pertambahan tujuh kes import, lima rakyat Malaysia daripada Bangladesh dan satu masing-masing daripada Mesir dan Qatar, manakala terdapat pertambahan satu kes masing-masing di kluster Pudu dan Pangsapuri Cheras.