51 kes pulih, 19 kes baharu dan satu kematian setakat 5 Jun

2022-03-19 0

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 51 kes yang telah pulih, 19 kes positif baharu dan satu kematian setakat 5 Jun 2020. Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, 7 merupakan kes import dan 12 kes penularan tempatan termasuk 9 warganegara Malaysia, katanya.

Kes kematian ke 116 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dengan latar belakang beberapa jenis penyakit.