Setakat 4 Jun 2020, sejumlah 270 kes baharu telah dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di depoh tahanan imigresen (DTI) Bukit Jalil sebanyak 608, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, terdapat dua kes import yang dilaporkan pada 4 Jun 2020 melibatkan seorang daripada Mesir dan seorang daripada Sepanyol, jelasnya.