Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk sektor swasta sejak Disember tahun lalu untuk memerangi pandemik COVID-19.
Langkah itu perlu diambil kerana KKM menyedari kekangan utama yang perlu dihadapi iaitu kekurangan kemudahan yang terpaksa dioptimakan dengan sektor swasta.