Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan keyakinan bahawa prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sektor pendidikan yang telah diluluskan mampu membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan tersebut telah pun siap dan beliau sendiri berpeluang meninjau pelaksanaan tersebut.