Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada 700 kakitangan dan 800 banduan di Penjara Sungai Buloh selepas seorang banduan disahkan positif virus berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan yang bukan warganegara Malaysia itu telah diasingkan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih.