Lelaki dituduh memandu dalam keadaan mabuk, pukul polis

2022-03-19 0

Seorang pengurus bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, memukul anggota polis dan berkelakuan tidak senonoh bulan lalu.
Leng Kar Loon, 38 tahun, didakwa mengikut seksyen 45a kurungan satu, akta pengangkutan jalan 1987, seksyen 323 kanun keseksaan, seksyen 353 kanun sama dan seksyen 90 akta polis 1967.