Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 10 kes baharu COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara iaitu tujuh kes dari Mesir dan satu kes masing-masing pulang dari Jepun, Singapura dan Brunei.
Sebanyak 35,530 bukan warganegara telah disaring iaitu 1,965 positif. Berikut laporan kes positif DTI seluruh negara: