Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jika PATI berada di depoh dalam jangka yang lama misalnya tiga atau empat bulan atau sebelum pelaksanaan PKP sepatutnya tidak berlaku sebarang jangkitan. Atas sebab itu, apabila ada yang terkena jangkitan maka kemungkinan daripada PATI lain atau kakitangan yang bekerja keluar masuk di depoh itu setiap hari.
KKM sedang menyiasat kerana situasi sedemikian berlaku di pusat jagaan warga emas iaitu penghuninya dijangkiti daripada penjaga yang keluar masuk.