Ingkar SOP PKPB, ADUN selat klang dikompaun RM1,000

2022-03-19 0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menjemput lebih 20 tetamu ketika menganjurkan rumah terbuka Ahad lalu.