Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang giat menjejak kontak rapat kepada seorang penuntut kolej swasta di Tanjung Manis yang didapati positif COVID-19 selepas balik ke kampungnya dari Kuching, baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sebelum balik ke kampungnya di Belawai, Tanjung Manis pada 12 Mei lalu, penuntut terbabit mengunjungi rumah rakannya di Kota Samarahan.
Perkembangannya bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.