Kegembiraan tiga beradik bermandi-manda di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong pada Syawal keempat bertukar tragedi selepas kesemua mereka dikhuatiri lemas.
Ketiga-tiga mangsa dikatakan berkunjung ke sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka sekitar jam 6 petang Rabu.