Kegembiraan di pagi raya bertukar tragedi apabila seorang ibu dan empat anak lelakinya rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Aishah Jumat, 58, bersama anak lelakinya, Dzulkarnain Othman, Dzulnisham, Rozaini dan Rosdi, 24.
Dua lagi anaknya, berusia 25 dan 29 tahun yang turut mengalami kecederaan dalam insiden itu akibat melecur, kini menjalani rawatan di Hospital Beaufort.