Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai dapat memastikan juadah yang disediakan ketika Aidilfitri disediakan dengan betul dan selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada Aidilfitri tahun lalu pihaknya menerima 53 laporan keracunan makanan yang membabitkan 1,995 kes.