Pembukaan rumah ibadat bukan Islam di zon hijau dibenarkan bermula 10 Jun

2022-03-19 0

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, kebenaran menggunakan rumah ibadat ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja dan pada hari-hari utama sahaja, misalnya untuk beragama Kristian hanya pada hari Ahad.

Di samping itu, mereka perlu patuh pada SOP yang ketat antaranya bilangan kehadiran tidak boleh melebihi 30 orang, bergantung pada saiz rumah ibadat.