Sementara itu, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan membawa perubahan besar dalam urus niaga perniagaan.
Pengarah Eksekutif International Strategy Institute (ISI), Fazil Irwan Som berkata keadaan mendesak ketika PKP dikuatkuasakan membuatkan ramai pengeluar makanan asas beralih kepada penjualan dalam talian.
Namun jelasnya, usaha untuk memperkasakan lagi platform dalam talian perlu diteruskan agar pengeluar makanan asas dapat meningkatkan lagi pengeluaran mereka sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi.