Kementerian Kesihatan sedang mengesan punca jangkitan COVID-19 membabitkan seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelajar tersebut dikesan positif selepas KKM melakukan saringan terhadap 271 pelajar yang bakal dihantar pulang ke Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, pelajar berkenaan telah diasingkan dan pengesanan hubungan aktif di antara kenalan rapat turut dijalankan.