Jika anda berasa leceh untuk mengamalkan penjarakan sosial dan pelbagai amalan "normal baharu" yang lain, bayangkan anda perlu memastikan ratusan kanak-kanak kecil mengamalkan semua itu setiap hari. Itu antara cabaran yang didepani guru tadika dalam era normal baharu. Tadika serata negara juga kini berdepan pelbagai tekanan kewangan baharu pasca PKP. Apa masa depan tadika dalam era normal baharu selepas ini?