Kerajaan, swasta perlu bekerjasama bantu pulihkan ekonomi negara

2022-03-19 0

Kerajaan dan sektor swasta perlu terus bekerjasama dalam membantu memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas kerana pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama sebegitu perlu diteruskan kerana ia merupakan teras kejayaan Malaysia selama ini.