Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan sekurang-kurangnya 44 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), setakat Selasa.
Daripada jumlah tersebut, 40 individu telah direman, sementara empat lagi diberi jaminan polis, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.