Titah Diraja sempena pembukaan Sidang Dewan Rakyat ke-14, disampaikan secara menyeluruh dan mencakupi semua aspek untuk rakyat di negara ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menyentuh daripada hal ekonomi, soal keluh kesah rakyat, isu semasa COVID-19, polarisasi perkauman hingga peringatan mengenai alam sekitar serta kestabilan politik domestik.