Pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberi keutamaan untuk ke sekolah apabila sesi persekolahan mula dibuka nanti.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, langkah itu bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dapat dipatuhi pelajar.