Mereka yang telah selesai latihan ketenteraan dianggap sah walaupun belum menerima sijil pengesahan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kata beliau, upacara penyerahan sijil itu terpaksa ditunda susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19.