Realiti Rakyat: Cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19

2022-03-18 0

Pada April, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati pekerjaan dalam sektor pertanian merekodkan kehilangan pekerjaan kedua tertinggi dengan 21.9 peratus, selepas pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dengan 35.4 peratus.

Tambah lagi apabila kira-kira 56 peratus sektor pertanian juga berstatus 'tidak standard' atau non standard. Ini bermaksud, mereka tidak bekerja sepenuh masa atau tidak mempunyai kontrak pekerjaan formal, malah ramai yang bekerja sendiri.

Ini menjadikan mereka lebih berdepan risiko dibuang kerja atau dipaksa mengambil cuti tanpa gaji. Dalam masa yang sama, lebih kurang 40 peratus syarikat pertanian adalah syarikat mikro.

Pada awal pelaksanaan PKP kita lihat laporan tentang lambakan sayur di Cameron Highland yang berlaku akibat kesan kepada aktiviti rantaian makanan.
Bagaimana untuk memastikan pengusaha dan pekerja sektor pertanian dapat menangani cabaran dan kelangsungan ketika PKP masih berkuatkuasa serta pasca PKP ini dalam Normal Baharu.

Untuk itu kita bersama Prof Madya Dr Norsida Man, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian UPM dan Shahrizal Denci, Pengurus D&H Plantations, Kundasang.