Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos, penurunan mendadak itu disebabkan langkah yang diambil bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.