Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan tiada solat sunat Aidiltifri di masjid atau surau seluruh negeri pada tahun ini, berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.
Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata keputusan itu selaras dengan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid dan surau di Sabah yang dilanjutkan hingga 26 Mei.