Bukti keakraban: UAE sumbang bantuan perubatan kepada Malaysia

2022-03-18 0

Bantuan itu terdiri daripada 14,000 unit cecair sanitasi tangan yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 Wisma Putra di dalam negara serta di perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara. Ia termasuk kit ujian antigen yang diterima 30 Mac lalu selain 20,000 unit kit ujian RT PCR; 37,000 unit kit ujian IgC IgM; 20,000 unit Viral Transport Medium Swab dan satu unit Automated Extraction Machine.