Kewujudan kluster baharu COVID-19 bukan berpunca daripada kegagalan pematuhan garis panduan oleh majikan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berkata, ia akibat pematuhan majikan yang membawa pekerja mereka menjalani saringan sebelum membenarkan pekerja mereka bertugas.