Kira kira 2,900 penduduk di kawasan berhampiran pasar Jalan Othman terjejas dengan pelaksanaan PKPD bermula hari ini sehingga 23 Mei.
Tinjauan mendapati kebanyak penduduk tidak menjangka kawasan itu juga akan dikenakan PKPD kerana Pasar Jalan Othman yang mempunyai kes positif COVID-19 sebelum ini sudah ditutup dan keadaan dilihat terkawal.