Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhammad memberitahu, Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang melaporkan sebanyak 3,947 buah kenderaan direkodkan di pintu masuk di situ menyebabkan kesesakan kira-kira 10 kilometer di kawasan berkenaan.
Katanya, jalan-jalan utama di negeri itu bagaimanapun sejak dua hari lalu agak sibuk malah ramai yang beratur rapat di pasar awam dan pasar raya seolah-olah penduduk tidak cakna dengan SOP PKP sekali gus membimbangkan pihak berkuasa.