Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa seluruh negara dunia kembali kepada prinsip asas pengawasan kesihatan masyarakat jika mereka ingin menangani COVID-19.
Menurut Pakar Kesihatan Kecemasan WHO, Mike Ryan, pengawasan lebih ketat kesihatan awam perlu ditingkatkan kerana banyak negara termasuk Amerika, Switzerland, Mexico dan Jerman telah mulakan usaha membuka semula ekonomi mereka.