Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan sebarang usul yang diterima untuk dibahas dalam persidangan pada 18 Mei nanti perlu dibahas ketika sidang itu. Sekiranya ia gagal dibahaskan maka usul tersebut perlu dikemukakan sekali lagi untuk persidangan akan datang. Namun sidang Dewan Rakyat akan mengutamakan urusa-urusan kerajaan terlebih dahulu.