Menurut Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, antara isu yang mendominasi cabaran tersebut adalah pembayaran gaji, ketiadaan pelanggan, tiada jualan, jualan dalam talian dan premis.
Sebanyak 42.5 peratus syarikat memerlukan lebih enam bulan untuk kembali pulih seperti sedia kala dan hanya 1.9 peratus perniagaan mereka tidak akan pulih serta terpaksa ditutup.