Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ada kaitan dengan kluster Sri Petaling

2022-03-18 0

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ini didapati berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling, di mana kes indeks (iaitu kes ke-3039) bagi kluster ini adalah salah seorang peserta perhimpunan tersebut.

Sehingga 5 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 180 jumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan kluster ini telah dilaporkan, di mana 100 kes adalah di dalam kawasan PKPD dan 80 kes telah dikesan di luar kawasan PKPD.