Sarawak menjadi negeri pertama yang mengumumkan tidak mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mendapati terdapat beberapa garis panduan pembukaan semula sektor ekonomi terlibat tidak kondusif diguna pakai di negeri itu.